Bismillahirrahmanirrahim. In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.
Assalamualaikum dear brothers and sisters in Islam. Peace be upon you fellow friends.
Kadang-kadang kalau kita tengok pen, tak kisah lah kita punya ke or kawan kita punya ke, dalam kebanyakan masa kita akan lihat pen tersebut sedang ber'aksi'. Aksi camana? Digenggam kemudian dikeluarkan cecair dari perutnya dengan bertujuan untuk menulis atau melukis.Selain dari tu, apa lagi aksi yang kita biasa lihat pada pen tersebut? Diputar-putar pen tersebut dengan pelbagai skill. Ada yang berputar-putar di celah jari-jari tuan mereka, ada yang yang berputar 360 darjah pada satu jari sahaja dan macam-macam skill lagi. Apa lagi aksi yang kita biasanya selalu lihat selain aksi-aksi yang aku mention kat atas ni? Pen tersebut dibaling jauh-jauh oleh tuan mereka. Dibaling, dibuang, dilontarkan dan berbagai-bagai aksi yang membabitkan force dengan distance. Kemudian, biasalah kan kadang-kadang kita pun curious gak kenapa si tuan ni selalu baling-baling pen dia. Kesian tengok pen tu walaupun tak bernyawa tapi selalu dibaling-baling. Pastu kita tanya tuan dia kenapa buang pen tu? Apa jawapan yang paling famous atau yang selalu kita dengar bila ditanya soalan-soalan seperti ini? "Ni pen aku, suka hati aku lah nak buat apa dengan pen ni!"
p/s x daq keja..
Thursday 18 October 2012
Aku Sebatang Pen
Posted by Unknown at 21:58 0 comments
Monday 15 October 2012
Tak Rasa Bersalah Ke? Atau Tak Sedar Diri?
"Janganlah jadi orang munafik yang mana tiga ciri yang ada pada orang munafik adalah apabila bercakap, dia akan bercakap bohong, apabila berjanji, janji itu akan dimungkiri dan apabila diberi amanah, dia akan khianati. Kalau berjanji, janji mesti ditepati! Jika tidak, Allah akan melaknat orang yang memungkiri janji," kata seorang lelaki berantai di leher ditemani isterinya yang menonjolkan rambut di khalayak ramai ketika melancarkan satu program.
Sementara itu di sebuah shopping complex,
"Astaghfirullahalazim.. Apalah nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang. Pakai seksi-seksi padahal sekolah tak habis lagi. Yang perempuan pun hisap rokok selamber je. Mak bapak diorang ni tak reti jaga anak ke?", kata seorang bapok berbaju kurung bertudung litup sedang memilih pakaian dalam di KFC.
Sementara itu di TV30,
"Dalam video tu bukan saya. Takkanlah saya nak buat benda tak senonoh macam tu. Saya tahula nak beza mana satu dosa dan pahala," komen seorang artis wanita berambut pink dan berskirt pendek ketika ditemuramah wartawan Melodah.
Sementara itu di Twittiaq,
"Solatlah di awal waktu. Janganlah kita sengaja melewatkan solat. Lebih afdal jika kita solat berjemaah di masjid", tweet seorang pemuda separuh bogel hanya bertuala ketika azan maghrib sedang berkumandang.
Sementara itu di Fesbaq,
"Klik LIKE jika anda sayangkan Allah. Klik SHARE jika sayangkan Rasulullah SAW. Jangan klik apa-apa jika sayangkan syaitan!", taip seorang gadis ber'defaultpicture'kan gambar beliau yang tidak menutup aurat.
Sementara itu di blog szlihin.com,
"Nak jadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kenala kerja kuat. Jadilah baik, jangan banyak buat maksiat bla bla bla pot pet pot pet..", kata seorang SZ yang realitinya hanyalah seorang mamat poyo bajet bagus yang hipokrit.
Ya benar. Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan. Sebab jika kita tengok orang yang bagi nasihat tersebut, kita mungkin takkan dapat ambil intipati nasihatnya. Malahan mungkin bertambah menyampah. Maka terkeluarlah perkataan, "Macamlah kau bagus sangat nak nasihat aku!".
Tapi, kalau boleh janganlah kita sakan menghukum orang itu berdosa dan munafik sedangkan dosa yang kita buat lebih besar dan jelas kelihatan terpampang. Tak rasa macam serba salah ke? Ataupun kita ni jenis manusia tak sedar diri?
(sekadar renungan kita bersama)
Credit to SZ.blogspot.com
Posted by Unknown at 10:08 0 comments
Sunday 14 October 2012
Bagi yang nak menghadapi peperiksaan (terutamanya bdak2 Uitm yg tengah final exam (termasuk aku sendiri hehe..) ni ada sikit tips untuk hampa semua. Moga dapat memberi manfaat kpd kita smua... Gud luck to you all yg nak final exam tue.. :)
Tips Menghadapi Peperiksaan
- Solat hajat
- Berdoa
- Mohon Restu Ibu Bapa
- Pakaian yang hendak diguna telah disterika
- Alat tulis pastikan mencukupi
- Air Mineral untuk diminum ketika exam atau selepas exam
- Jam bagi memastikan masa kita mencukupi, xlebih, xkurang
- Gula-gula untuk elakkan kita panik
- lain-lain keperluan yang dirasakan perlu
- Elakkan menonton TV hingga lewat malam
- Pasang jam Penggera untuk pastikan kita bangun awal ke sekolah.
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.
Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.
Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.
Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.
Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.
Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.
Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.
Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.
kredit to: http://mietazkirah.blogspot.com
Posted by Unknown at 03:13 0 comments
Monday 1 October 2012
kepada sapa-sapa yang nak pergi temuduga ini ada sedikit panduan utk hampa semua
PANDUAN MENGHADIRI TEMUDUGA
Sesi temu duga adalah antara proses yang akan dilalui kebanyakan
orang ketika memohon kerja. Ia adalah antara proses penting dalam hidup
setiap orang kerana akan menjadi penentu masa depan dan kerjaya.
Anda telah berjaya melepasi halangan pertama apabila resume hebat anda
membuatkan sebuah syarikat tertarik untuk mengambil anda bekerja.
Bagaimanapun langkah seterusnya yang perlu anda hadapi ialah sesi temu
duga.
Tidak kira sama ada ia merupakan pekerjaan pertama atau anda telah
menghadapi sesi temu duga untuk kali ke-10, adalah penting bagi setiap
pemohon bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sesi temu
duga.
Temu duga dalam pekerjaan adalah penting bagi sesebuah syarikat.
Berpandukan resume yang berkesan, majikan akan mengenali pemohon dengan
lebih dekat melalui sesi temu duga yang dijalankan.
Ada sesetengah syarikat yang melakukan sesi temu duga lebih daripada
sekali. Temu duga yang dijalankan bukan sahaja melalui interaksi tetapi
juga ujian atau pembentangan.
Di sini disenaraikan beberapa tip kepada remaja bagaimana menghadapi temu duga yang berkesan.
1. Pakaian seperti anda ingin bekerja
Ada sesetengah syarikat yang tidak mengkehendaki pemohon untuk
berpakaian terlalu formal ketika sesi temu duga dijalankan. Memadai
sahaja dengan berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. Jangan sesekali
memakai seluar jean, memakai baju T yang terlalu buruk dan tidak
bersikat rapi.
Kebanyakan penemu duga lebih senang melihat pemohon memakai pakaian
kemas seperti kemeja dan berseluar slack. Bagi wanita pula, anda
disarankan tidak mengenakan pakaian yang terlalu nipis atau seksi,
memakai terlalu banyak aksesori dan bersolek terlalu tebal.
2. Buat kajian
Pastikan sebelum menghadiri temu duga anda meluangkan sedikit masa membuat kajian mengenai syarikat tersebut. Selain itu, pastikan anda tahu tugas-tugas yang diperlukan bagi jawatan yang dipohon. Ia memberi bonus kepada anda kerana mempunyai sikap ingin tahu yang begitu mendalam terhadap syarikat dan pekerjaan yang ingin dipohon.
3. Jangan lambat
Jangan lambat menghadiri sesi temu duga. Ia adalah antara perkara paling dilarang berlaku semasa sesi temu duga. Kejadian itu akan memberi kesan terhadap pandangan majikan terhadap anda walaupun anda memberi alasan tersesat atau kesesakan lalu lintas. Jika majikan mula merasa benci, kebarangkalian untuk anda memperoleh pekerjaan tersebut adalah tipis.
4. Tanya soalan
Tidak semestinya majikan sahaja yang mengutarakan soalan. Anda juga boleh bersiap sedia dengan soalan-soalan anda. Ia merupakan idea yang bagus jika anda juga bertanyakan soalan. Kenapa begitu? Ini kerana, ia menunjukkan yang anda bersungguh-sungguh menginginkan jawatan tersebut. Namun apakah soalan-soalan yang sesuai untuk ditanya kepada majikan?
*Adakah syarikat ini memberi peluang kepada saya untuk belajar kemahiran-kemahiran baru lain daripada jawatan yang dipohon?
*Adakah sebarang persoalan yang bermain di fikiran tuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri saya?
*Adakah saya akan dilatih terlebih dahulu untuk memahirkan diri dalam jawatan tersebut?
*Apakah perkara yang paling penting perlu saya tahu mengenai jawatan ini?
5. Ucap terima kasih
Jangan kedekut untuk mengucapkan terima kasih kepada majikan sebelum dan selepas temu duga. Apabila anda melangkah masuk ke pintu majikan, ucapkan terima kasih apabila disuruh duduk.
Sebelum anda melangkah keluar pula, ucapkan sekali lagi terima kasih kerana kerjasama yang mereka berikan.
Namun ingat, jangan terlalu banyak mengucapkan perkataan terima kasih kerana ia boleh disalahtafsir oleh majikan sebagai terlalu mengampu atau hipokrit.
harap dapat mmberi manfaat kepada anda..
yang baik itu datang dari Allah s.w.t. yang kurang itu dtg dari kelemahan diri saya sendiri sebagai seorang manusia..
kredit to
Posted by Unknown at 03:52 0 comments