kepada sapa-sapa yang nak pergi temuduga ini ada sedikit panduan utk hampa semua
PANDUAN MENGHADIRI TEMUDUGA
Sesi temu duga adalah antara proses yang akan dilalui kebanyakan
orang ketika memohon kerja. Ia adalah antara proses penting dalam hidup
setiap orang kerana akan menjadi penentu masa depan dan kerjaya.
Anda telah berjaya melepasi halangan pertama apabila resume hebat anda
membuatkan sebuah syarikat tertarik untuk mengambil anda bekerja.
Bagaimanapun langkah seterusnya yang perlu anda hadapi ialah sesi temu
duga.
Tidak kira sama ada ia merupakan pekerjaan pertama atau anda telah
menghadapi sesi temu duga untuk kali ke-10, adalah penting bagi setiap
pemohon bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sesi temu
duga.
Temu duga dalam pekerjaan adalah penting bagi sesebuah syarikat.
Berpandukan resume yang berkesan, majikan akan mengenali pemohon dengan
lebih dekat melalui sesi temu duga yang dijalankan.
Ada sesetengah syarikat yang melakukan sesi temu duga lebih daripada
sekali. Temu duga yang dijalankan bukan sahaja melalui interaksi tetapi
juga ujian atau pembentangan.
Di sini disenaraikan beberapa tip kepada remaja bagaimana menghadapi temu duga yang berkesan.
1. Pakaian seperti anda ingin bekerja
Ada sesetengah syarikat yang tidak mengkehendaki pemohon untuk
berpakaian terlalu formal ketika sesi temu duga dijalankan. Memadai
sahaja dengan berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. Jangan sesekali
memakai seluar jean, memakai baju T yang terlalu buruk dan tidak
bersikat rapi.
Kebanyakan penemu duga lebih senang melihat pemohon memakai pakaian
kemas seperti kemeja dan berseluar slack. Bagi wanita pula, anda
disarankan tidak mengenakan pakaian yang terlalu nipis atau seksi,
memakai terlalu banyak aksesori dan bersolek terlalu tebal.
2. Buat kajian
Pastikan sebelum menghadiri temu duga anda meluangkan sedikit masa membuat kajian mengenai syarikat tersebut. Selain itu, pastikan anda tahu tugas-tugas yang diperlukan bagi jawatan yang dipohon. Ia memberi bonus kepada anda kerana mempunyai sikap ingin tahu yang begitu mendalam terhadap syarikat dan pekerjaan yang ingin dipohon.
3. Jangan lambat
Jangan lambat menghadiri sesi temu duga. Ia adalah antara perkara paling dilarang berlaku semasa sesi temu duga. Kejadian itu akan memberi kesan terhadap pandangan majikan terhadap anda walaupun anda memberi alasan tersesat atau kesesakan lalu lintas. Jika majikan mula merasa benci, kebarangkalian untuk anda memperoleh pekerjaan tersebut adalah tipis.
4. Tanya soalan
Tidak semestinya majikan sahaja yang mengutarakan soalan. Anda juga boleh bersiap sedia dengan soalan-soalan anda. Ia merupakan idea yang bagus jika anda juga bertanyakan soalan. Kenapa begitu? Ini kerana, ia menunjukkan yang anda bersungguh-sungguh menginginkan jawatan tersebut. Namun apakah soalan-soalan yang sesuai untuk ditanya kepada majikan?
*Adakah syarikat ini memberi peluang kepada saya untuk belajar kemahiran-kemahiran baru lain daripada jawatan yang dipohon?
*Adakah sebarang persoalan yang bermain di fikiran tuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri saya?
*Adakah saya akan dilatih terlebih dahulu untuk memahirkan diri dalam jawatan tersebut?
*Apakah perkara yang paling penting perlu saya tahu mengenai jawatan ini?
5. Ucap terima kasih
Jangan kedekut untuk mengucapkan terima kasih kepada majikan sebelum dan selepas temu duga. Apabila anda melangkah masuk ke pintu majikan, ucapkan terima kasih apabila disuruh duduk.
Sebelum anda melangkah keluar pula, ucapkan sekali lagi terima kasih kerana kerjasama yang mereka berikan.
Namun ingat, jangan terlalu banyak mengucapkan perkataan terima kasih kerana ia boleh disalahtafsir oleh majikan sebagai terlalu mengampu atau hipokrit.
harap dapat mmberi manfaat kepada anda..
yang baik itu datang dari Allah s.w.t. yang kurang itu dtg dari kelemahan diri saya sendiri sebagai seorang manusia..
0 comments:
Post a Comment