Monday, 15 October 2012

Tak Rasa Bersalah Ke? Atau Tak Sedar Diri?


"Janganlah jadi orang munafik yang mana tiga ciri yang ada pada orang munafik adalah apabila bercakap, dia akan bercakap bohong, apabila berjanji, janji itu akan dimungkiri dan apabila diberi amanah, dia akan khianati. Kalau berjanji, janji mesti ditepati! Jika tidak, Allah akan melaknat orang yang memungkiri janji," kata seorang lelaki berantai di leher ditemani isterinya yang menonjolkan rambut di khalayak ramai ketika melancarkan satu program.


Sementara itu di sebuah shopping complex,

"Astaghfirullahalazim.. Apalah nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang. Pakai seksi-seksi padahal sekolah tak habis lagi. Yang perempuan pun hisap rokok selamber je. Mak bapak diorang ni tak reti jaga anak ke?", kata seorang bapok berbaju kurung bertudung litup sedang memilih pakaian dalam di KFC.


Sementara itu di TV30,

"Dalam video tu bukan saya. Takkanlah saya nak buat benda tak senonoh macam tu. Saya tahula nak beza mana satu dosa dan pahala," komen seorang artis wanita berambut pink dan berskirt pendek ketika ditemuramah wartawan Melodah.


Sementara itu di Twittiaq,

"Solatlah di awal waktu. Janganlah kita sengaja melewatkan solat. Lebih afdal jika kita solat berjemaah di masjid", tweet seorang pemuda separuh bogel hanya bertuala ketika azan maghrib sedang berkumandang.


Sementara itu di Fesbaq,

"Klik LIKE jika anda sayangkan Allah. Klik SHARE jika sayangkan Rasulullah SAW. Jangan klik apa-apa jika sayangkan syaitan!", taip seorang gadis ber'defaultpicture'kan gambar beliau yang tidak menutup aurat.


Sementara itu di blog szlihin.com,

"Nak jadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kenala kerja kuat. Jadilah baik, jangan banyak buat maksiat bla bla bla pot pet pot pet..", kata seorang SZ yang realitinya hanyalah seorang mamat poyo bajet bagus yang hipokrit.



Ya benar. Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan. Sebab jika kita tengok orang yang bagi nasihat tersebut, kita mungkin takkan dapat ambil intipati nasihatnya. Malahan mungkin bertambah menyampah. Maka terkeluarlah perkataan, "Macamlah kau bagus sangat nak nasihat aku!".

Tapi, kalau boleh janganlah kita sakan menghukum orang itu berdosa dan munafik sedangkan dosa yang kita buat lebih besar dan jelas kelihatan terpampang. Tak rasa macam serba salah ke? Ataupun kita ni jenis manusia tak sedar diri?

(sekadar renungan kita bersama)
Credit to SZ.blogspot.com

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com